SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

SEMOGA MEMBANTU

Monday, 25 February 2013

PENUTUPAN SYARIKAT DI BAWAH SEKSYEN 308, AKTA SYARIKAT 1965

Pendaftar iaitu SSM, mempunyai kuasa untuk memotong nama Syarikat yang tidak aktif "dormant" di bawah Seksyen 308, Akta Syarikat 1965.

Bagi mana-mana Syarikat yang tidak pernah beroperasi dan tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan sejak dari tarikh ianya ditubuhkan, boleh membuat permohonan kepada SSM untuk menutup Syarikat, di bawah seksyen ini.





Garis panduan yang ditetapkan bagi penutupan Syarikat dibawah Seksyen 308(1) Akta Syarikat 1965, ialah seperti berikut :-

a) Tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi
b) Mendapat kebenaran daripada majoriti Pemegang Saham
c) Syarikat tidak mempunyai saham yang dipegang oleh Syarikat lain dan memegang saham  dalam Syarikat lain
d) Syarikat tidak mempunyai aset, liabiliti

Sekiranya berlaku situasi dimana, terdapat Pengarah atau Pemegang Saham Syarikat yang tidak dapat dikesan, ketika Pengarah dan Pemegang Saham yang tinggal ingin mengambil keputusan untuk menutup Syarikat, ianya masih boleh dilakukan dengan syarat bahawa usaha mencari dan mengesan Pengarah dan Pemegang Saham tersebut telah dilakukan melalui penghantaran surat berdaftar ke alamat mereka yang terakhir. Bukti melalui surat berdaftar atau cara lain yang digunakan untuk mengesan mereka ini perlu dilampirkan bersama permohonan penutupan Syarikat.