SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

SEMOGA MEMBANTU

Monday, 25 February 2013

PENUTUPAN SYARIKAT DI BAWAH SEKSYEN 308, AKTA SYARIKAT 1965

Pendaftar iaitu SSM, mempunyai kuasa untuk memotong nama Syarikat yang tidak aktif "dormant" di bawah Seksyen 308, Akta Syarikat 1965.

Bagi mana-mana Syarikat yang tidak pernah beroperasi dan tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan sejak dari tarikh ianya ditubuhkan, boleh membuat permohonan kepada SSM untuk menutup Syarikat, di bawah seksyen ini.


Saturday, 5 January 2013

APA ITU AKAUN

Setiap bentuk perniagaan yang dijalankan, perlu menyimpan  rekod dan catatan butiran transaksi segala aktiviti urusniaga yang dibuat. Samada pendapatan (penerimaan), perbelanjaan operasi dan pentadbiran (pengeluaran), penghutang, pemiutang dan sebagainya.

Akaun adalah terdiri daripada penyata untung dan rugi / penyata pendaptan "profit and loss / income statement", kunci kira-kira / lembaran imbangan "Balance sheet".